Friday, September 18, 2009

VANDALISME PENDEKATAN PAKATAN PEMBANGKANG PERAK



AKHIRNYA penyokong pakatan pembangkang di Perak diturunkan darjat dan maruah mereka sama taraf dengan "samseng jalanan" dan "perosak harta-benda awam". Memang sejak awal budaya samseng jalanan ini menjadi taktik utama mereka, namun kini ia telah meresap menjadi budaya.

Vandalisme terkini ialah billboard Dr Zambry di Manjung yang disiram dengan cat merah. Billboard yang dinaikkan bagi ucapan Selamat Hari Raya dari YAB Menteri Besar Perak kepada penduduk Manjung sengaja dirosakkan.

Seorang teman blogger secera berjenaka mengatakan mungkin pembangkang dengki sebab bekas Menteri Besar PAS dulu tidak sekacak Dr Zambry. Pada saya sebenarnya pakatan sudah hilang arah di Perak.

Mereka tidak tahu apa lagi yang hendak dilakukan bagi memastikan keadaan huru-hara di negeri ini berterusan. Sejak peralihan kuasa bulan Februari lepas, pelaburan terus meningkat, sebanyak 1,300 geran hak milik tanah telah dikeluarkan (berbanding hanya 537 selama 11 bulan pakatan memerintah), tadika percuma untuk anak-anak kakitangan kerajaan disediakan, MBnya turun padang melawat rakyat dan negeri terus aman kecuali gangguan kecil oleh bekas MB serta konco-konconya.

Apa yang jelas Barisan Nasional telah membuktikan keberkesanannya sebagai kerajaan. Ini yang menghantui pakatan. Kini selain dari berceramah ke hulu ke hilir taktik seterusnya ialah merosakkan harta awam. Dan akhirnya pakatan hanya menjadi samseng jalanan yang hanya bernilai sekupang-dua sahaja.

No comments:

Post a Comment