Sunday, October 11, 2009

SPR PERLU BERTANGGUNGJAWAB....

Selepas PRU12, telah berlaku beberapa PRK. Nampaknya semakin kalut PRK. Bukan setakat perang poster, perang ceramah dan yang terbaru di Bagan Pinang benar-benar perang. 
Sepatutnya SPR kena peka dengan apa yang berlaku. Jadikan PRK ni sebagai tempat untuk mencari kaedah baru yang lebih selamat dan lebih efisyen. Malaysia sedang menuju ke arah negara maju, tapi pilihanraya dilihat telah berundur setapak kebelakang. 
Kenapa tempoh kempen masih perlu panjang-panjang? Bukan ke parti yang bertanding tu parti yang dah dikenali rakyat? Tak boleh ke dalam tempoh kempen tu, dibenarkan menggunakan media semaksimum mungkin atau buat siaran khas di TV hanya masa pilihanraya!!! Apakah nak tunggu sampai ada yang mati semasa pilihanraya baru nak ubah?

Tuesday, October 6, 2009

AWAS....

Bermula bulan November ni, aku akan menjelajah ke seluruh Perak untuk cari masalah dan akan terus report pada MB. Mana-mana kerja yang belum selesai dan terbengkalai, cepat siapkan sebelum aku sampai!!!

Thursday, September 24, 2009

ANWAR SANGGUP BAYAR 20 JUTA!!!!....

ini kabaran baru yang kami terima. datang daripada sumber yang dirahsiakan. sebelum menceritakan dengan lebih dalam tajuk besar ini, harusnya kita memahami situasi rasa dan perasaan yang dialami oleh dua pihak yang terlibat, saiful dan anwar.

menyelongkari permaslahan dan rintihan saiful, di situ tersembunyi indikasi-indikasi yang cukup penting yang telah saiful keluarkan sejak seminggu yang lalu.

video pertama ramadhan daripada saiful punyai maksud yang penuh tersirat. tanggal 14 september itulah buat julung kalinya saiful bukhari 'keluar' daripada persembunyian dan berani melangkah ke masjid wilayah untuk buat pertama kalinya bersolat tarawih .

kenapa saiful berani untuk keluar walhal dia adalah seorang mangsa. seorang mangsa pada dasar normalnya sepatutnya sudah lama keluar dan mempertahankan dirinya di depan public. keadaan sudah menjadi terbalik apabila sebaliknya sang master peliwat pulak yang bertindak lebih. cukup lebih hingga pasukan prosekution pun mahu ditukarnya.

apa maksud dalam saiful pertama kali keluar tanggal 14 september ? saiful ada memberitahu bahawa inilah pertama kali dalam sejarah pasca dia diliwat, dia bertindak berani untuk keluar ? apa yang saiful mahu sampaikan disini ? tiada lain kerna anwar telah memasang konco-konconya untuk mencari saiful. dikabarkan bahawa saiful telah hampir 20 kali berpindah randah demi mengelakkan keselamatan dirinya diganggu atau mungkin di apa-apakan kan.

memahami kata-kata saiful dalam bicara video ocapan idulfitrinya sudah terjawap persoalan keselamatannya. saiful bukahri ada menyebut bahawa 'orang yang terdesak sanggup melakukan apa sahaja' ...siapa orang terdesak ? apa yang sanggup dilakukan dengan maksud ayat melakukan apa sahaja ? kenapa saiful menyebut kes teoh beng hock ?ADAKAH NYAWA SAIFUL DIDALAM BAHAYA ?

maklumat bocor atau anwar sudah memasang spy ? kenapa saiful apabila menjawap pertanyaan gap, dia ada menyebut bukan sekadar ada bloger yang menyamar menjadi musang berbulu ayam, bahkan ada vvip,politician,orang kenamaan dan penjaganya juga meropakan talibarut anwar ? buktinya kenapa 4 kali percobaan saiful sebelum 14 september telah bocor dan diketahui anwar !? siapa culprit bangsat yang ada dalam kerajaan ni !?

maklumat yang kami terima ada memberitahu bahawa anwar sanggup memasang beberapa konco untuk mencari bapa saiful dan adik perempuannya ? aku terpaksa mengeluarkan kenyataan ini sebagai langkah pre emptive, kiranya apa-apa berlaku kepada keluarga saiful maka kita tahu mencari pelakunya.

malah sumber telah memecah cerita, bahawa wakil anwar kabarnya telah berjumpa dengan ayah saiful untuk meredakan ketegangan sebelum 3 november. mohon agar saiful menarik segala pertuduhan dan RM20 juta sedia dijadikan barang tukar ganti. perkara yang sama yang berlaku apabila anwar sanggup menggadaikan kerajaan pakatan selangor dengan meminta agar najib 'melepaskannya' dan dia sanggup menetap sampai mati diluar negara.

namun, perkara pertama telah pun dijawap oleh saiful bukhari. YANG HAK PASTI BERDIRI,YANG BATHIL PASTI JATUH !

SESUATU YANG BESAR DIJANGKA AKAN BERLAKU,PASTINYA AKAN MENGEJUTKAN PIHAK ANWAR DAN SELURUH TALIBARUTNYA DALAM KERAJAAN .KEPADA GANI PATAIL DAN HISHAMUDIN, RAKYAT AKAN MELIHAT KEBERANIAN KAMU UNTUK BERANI MENJADI JANTAN MENERUSKAN PERBICARAAN 3 NOV INI. JANGAN KERNA SAIFUL INI BANGSANYA MELAYU, KAMU DIAM DAN TERUS-TERUSAN TIDOR DAN TIDOR ! CUKUPLAH MENJADI HERO BANGSA LAIN WAHAI VVIP !

Tuesday, September 22, 2009

ANGKATAN INTELEKTUAL MELAYU SERTAI DAP


Saiful Alimin Mohd Mokhtar


Wakil ahli baru, Saiful Alimin Mohd Mokhtar (lepasan Universiti Utara Malaysia) telah berucap, “Penubuhan cawangan ini ialah satu pemulaan yang baik…Memasuki DAP bukanlah keputusan yang mudah bagi orang Melayu, kerana DAP dianggap sebagai parti sosialis, dan orang Melayu beranggapan bahawa sosialis bererti komunis. Tetapi sebenarnya, sosialis adalah sistem politik yang paling hampir dengan Islam. Ia merupakan sistem yang tidak membenarkan ketidakadilan. Di mana semua perubahan adalah untuk kebaikan, bukan untuk ketidakadilan.”

Sunday, September 20, 2009

Rumah Urut Seks Pertama Di Shah Alam di Dalangi PKR?



 












Shah Alam yang sebelum ini tiada pub, panggung wayang dan rumah urut unisex sudah mencipta sejarah apabila sebuah rumah urut atau massage center pertama di buka di Seksyen 23 Shah Alam.


Seksyen 23 sebelum ini terkenal akibat kontroversi kuil Hindu yang mendapat bantahan penduduk turut mempunyai mercu tanda baru, Pusat Kesihatan Sri Maiya.

Menurut mereka yang pernah mengunjungi Rumah urut ini, selain menawarkan perkhidmatan urut biasa terdapat juga tawaran urut batin (urut kemaluan lelaki) dengan bayaran tambahan sebanyak RM 30.

Salah seorang penduduk di situ mendakwa rumah urut ini didalangi oleh seorang pemimpin PKR Shah Alam yang berketurunan India.Rumah Urut Sri maiya ini beroperasi di No 47-B, Jalan Pelabur B, Seksyen 23/B, 4300 Shah Alam.

Kemunculan Sri Maiya di Shah Alam ini menimbulkan tanda tanya kerana EXCo Kerajaan Negeri, YB Ronnie Liu pernah membuat kenyataan dalam sidang DUN Selangor bahawa tiada satu pun lesen baru dikeluarkan untuk premis sebegini sejak 2007.

Apakah ia tidak berlesen?

Lebih aneh ia berada berhampiran Pejabat Khidmat DUN Batu Tiga milik YB Rodziah yang berada di permis No: 93, Jalan Pelabur 23/B, Seksyen 23,40300 Shah Alam, Selangor.

Saturday, September 19, 2009

BLOG DAN FB PEMBANGKANG SEMAKIN KACAU DAN KELIRU

Blog pembangkang hari ini tercari-cari apakah modal untuk menghentam kerajaan Bn dan juga blog-blog yang menyokong kerajaan.


Dalam Facebook mereka cuba menyalahkan BN dalam apa juga isu. Dalam blog pun sama. Ada blogger pembangkang yang kalah dalam penghujaan , gagal menangkis hujah maka mereka akan maki hamun seperti mana yang dilakukan oleh pemimpin mereka.

Hari ini yang mengulas atau menulis komen dalam blog Bpn lebih banyak copy and paste dari Harakah. Harakahlah satu satunya talian hayat mereka.Suara Keadilan sudah sejuk. sejuk kerana takut dengan kes liwat dan kegagalan 16 September. Nizar di Perak masih lagi gila talak dan blogger Perak network masih menganggap Nizar sebagai MB yang sah. kononnya rakyat telah memilih Nizar sebagai MB.

Di Selangor bila BPN memainkan isu Kerajaan Pakatan akan tumbang 16 September, telah menyebabkan 2 Khalid , Anwar dan ahli-ahli Dap panas bontot. Pada hal hanya usikan blogger saja...Tetapi kalau nak jadi kenyataan...Amin...alham dulillah.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR & BATIN...

Diucapkan Selamat hari Raya kepada semua muslimin dan muslimat....
Berhati-hati ketika memandu...
bermaaf-maafan sesama kita...