Sunday, October 11, 2009

SPR PERLU BERTANGGUNGJAWAB....

Selepas PRU12, telah berlaku beberapa PRK. Nampaknya semakin kalut PRK. Bukan setakat perang poster, perang ceramah dan yang terbaru di Bagan Pinang benar-benar perang. 
Sepatutnya SPR kena peka dengan apa yang berlaku. Jadikan PRK ni sebagai tempat untuk mencari kaedah baru yang lebih selamat dan lebih efisyen. Malaysia sedang menuju ke arah negara maju, tapi pilihanraya dilihat telah berundur setapak kebelakang. 
Kenapa tempoh kempen masih perlu panjang-panjang? Bukan ke parti yang bertanding tu parti yang dah dikenali rakyat? Tak boleh ke dalam tempoh kempen tu, dibenarkan menggunakan media semaksimum mungkin atau buat siaran khas di TV hanya masa pilihanraya!!! Apakah nak tunggu sampai ada yang mati semasa pilihanraya baru nak ubah?

Tuesday, October 6, 2009

AWAS....

Bermula bulan November ni, aku akan menjelajah ke seluruh Perak untuk cari masalah dan akan terus report pada MB. Mana-mana kerja yang belum selesai dan terbengkalai, cepat siapkan sebelum aku sampai!!!

Thursday, September 24, 2009

ANWAR SANGGUP BAYAR 20 JUTA!!!!....

ini kabaran baru yang kami terima. datang daripada sumber yang dirahsiakan. sebelum menceritakan dengan lebih dalam tajuk besar ini, harusnya kita memahami situasi rasa dan perasaan yang dialami oleh dua pihak yang terlibat, saiful dan anwar.

menyelongkari permaslahan dan rintihan saiful, di situ tersembunyi indikasi-indikasi yang cukup penting yang telah saiful keluarkan sejak seminggu yang lalu.

video pertama ramadhan daripada saiful punyai maksud yang penuh tersirat. tanggal 14 september itulah buat julung kalinya saiful bukhari 'keluar' daripada persembunyian dan berani melangkah ke masjid wilayah untuk buat pertama kalinya bersolat tarawih .

kenapa saiful berani untuk keluar walhal dia adalah seorang mangsa. seorang mangsa pada dasar normalnya sepatutnya sudah lama keluar dan mempertahankan dirinya di depan public. keadaan sudah menjadi terbalik apabila sebaliknya sang master peliwat pulak yang bertindak lebih. cukup lebih hingga pasukan prosekution pun mahu ditukarnya.

apa maksud dalam saiful pertama kali keluar tanggal 14 september ? saiful ada memberitahu bahawa inilah pertama kali dalam sejarah pasca dia diliwat, dia bertindak berani untuk keluar ? apa yang saiful mahu sampaikan disini ? tiada lain kerna anwar telah memasang konco-konconya untuk mencari saiful. dikabarkan bahawa saiful telah hampir 20 kali berpindah randah demi mengelakkan keselamatan dirinya diganggu atau mungkin di apa-apakan kan.

memahami kata-kata saiful dalam bicara video ocapan idulfitrinya sudah terjawap persoalan keselamatannya. saiful bukahri ada menyebut bahawa 'orang yang terdesak sanggup melakukan apa sahaja' ...siapa orang terdesak ? apa yang sanggup dilakukan dengan maksud ayat melakukan apa sahaja ? kenapa saiful menyebut kes teoh beng hock ?ADAKAH NYAWA SAIFUL DIDALAM BAHAYA ?

maklumat bocor atau anwar sudah memasang spy ? kenapa saiful apabila menjawap pertanyaan gap, dia ada menyebut bukan sekadar ada bloger yang menyamar menjadi musang berbulu ayam, bahkan ada vvip,politician,orang kenamaan dan penjaganya juga meropakan talibarut anwar ? buktinya kenapa 4 kali percobaan saiful sebelum 14 september telah bocor dan diketahui anwar !? siapa culprit bangsat yang ada dalam kerajaan ni !?

maklumat yang kami terima ada memberitahu bahawa anwar sanggup memasang beberapa konco untuk mencari bapa saiful dan adik perempuannya ? aku terpaksa mengeluarkan kenyataan ini sebagai langkah pre emptive, kiranya apa-apa berlaku kepada keluarga saiful maka kita tahu mencari pelakunya.

malah sumber telah memecah cerita, bahawa wakil anwar kabarnya telah berjumpa dengan ayah saiful untuk meredakan ketegangan sebelum 3 november. mohon agar saiful menarik segala pertuduhan dan RM20 juta sedia dijadikan barang tukar ganti. perkara yang sama yang berlaku apabila anwar sanggup menggadaikan kerajaan pakatan selangor dengan meminta agar najib 'melepaskannya' dan dia sanggup menetap sampai mati diluar negara.

namun, perkara pertama telah pun dijawap oleh saiful bukhari. YANG HAK PASTI BERDIRI,YANG BATHIL PASTI JATUH !

SESUATU YANG BESAR DIJANGKA AKAN BERLAKU,PASTINYA AKAN MENGEJUTKAN PIHAK ANWAR DAN SELURUH TALIBARUTNYA DALAM KERAJAAN .KEPADA GANI PATAIL DAN HISHAMUDIN, RAKYAT AKAN MELIHAT KEBERANIAN KAMU UNTUK BERANI MENJADI JANTAN MENERUSKAN PERBICARAAN 3 NOV INI. JANGAN KERNA SAIFUL INI BANGSANYA MELAYU, KAMU DIAM DAN TERUS-TERUSAN TIDOR DAN TIDOR ! CUKUPLAH MENJADI HERO BANGSA LAIN WAHAI VVIP !

Tuesday, September 22, 2009

ANGKATAN INTELEKTUAL MELAYU SERTAI DAP


Saiful Alimin Mohd Mokhtar


Wakil ahli baru, Saiful Alimin Mohd Mokhtar (lepasan Universiti Utara Malaysia) telah berucap, “Penubuhan cawangan ini ialah satu pemulaan yang baik…Memasuki DAP bukanlah keputusan yang mudah bagi orang Melayu, kerana DAP dianggap sebagai parti sosialis, dan orang Melayu beranggapan bahawa sosialis bererti komunis. Tetapi sebenarnya, sosialis adalah sistem politik yang paling hampir dengan Islam. Ia merupakan sistem yang tidak membenarkan ketidakadilan. Di mana semua perubahan adalah untuk kebaikan, bukan untuk ketidakadilan.”

Sunday, September 20, 2009

Rumah Urut Seks Pertama Di Shah Alam di Dalangi PKR?



 












Shah Alam yang sebelum ini tiada pub, panggung wayang dan rumah urut unisex sudah mencipta sejarah apabila sebuah rumah urut atau massage center pertama di buka di Seksyen 23 Shah Alam.


Seksyen 23 sebelum ini terkenal akibat kontroversi kuil Hindu yang mendapat bantahan penduduk turut mempunyai mercu tanda baru, Pusat Kesihatan Sri Maiya.

Menurut mereka yang pernah mengunjungi Rumah urut ini, selain menawarkan perkhidmatan urut biasa terdapat juga tawaran urut batin (urut kemaluan lelaki) dengan bayaran tambahan sebanyak RM 30.

Salah seorang penduduk di situ mendakwa rumah urut ini didalangi oleh seorang pemimpin PKR Shah Alam yang berketurunan India.Rumah Urut Sri maiya ini beroperasi di No 47-B, Jalan Pelabur B, Seksyen 23/B, 4300 Shah Alam.

Kemunculan Sri Maiya di Shah Alam ini menimbulkan tanda tanya kerana EXCo Kerajaan Negeri, YB Ronnie Liu pernah membuat kenyataan dalam sidang DUN Selangor bahawa tiada satu pun lesen baru dikeluarkan untuk premis sebegini sejak 2007.

Apakah ia tidak berlesen?

Lebih aneh ia berada berhampiran Pejabat Khidmat DUN Batu Tiga milik YB Rodziah yang berada di permis No: 93, Jalan Pelabur 23/B, Seksyen 23,40300 Shah Alam, Selangor.

Saturday, September 19, 2009

BLOG DAN FB PEMBANGKANG SEMAKIN KACAU DAN KELIRU

Blog pembangkang hari ini tercari-cari apakah modal untuk menghentam kerajaan Bn dan juga blog-blog yang menyokong kerajaan.


Dalam Facebook mereka cuba menyalahkan BN dalam apa juga isu. Dalam blog pun sama. Ada blogger pembangkang yang kalah dalam penghujaan , gagal menangkis hujah maka mereka akan maki hamun seperti mana yang dilakukan oleh pemimpin mereka.

Hari ini yang mengulas atau menulis komen dalam blog Bpn lebih banyak copy and paste dari Harakah. Harakahlah satu satunya talian hayat mereka.Suara Keadilan sudah sejuk. sejuk kerana takut dengan kes liwat dan kegagalan 16 September. Nizar di Perak masih lagi gila talak dan blogger Perak network masih menganggap Nizar sebagai MB yang sah. kononnya rakyat telah memilih Nizar sebagai MB.

Di Selangor bila BPN memainkan isu Kerajaan Pakatan akan tumbang 16 September, telah menyebabkan 2 Khalid , Anwar dan ahli-ahli Dap panas bontot. Pada hal hanya usikan blogger saja...Tetapi kalau nak jadi kenyataan...Amin...alham dulillah.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR & BATIN...

Diucapkan Selamat hari Raya kepada semua muslimin dan muslimat....
Berhati-hati ketika memandu...
bermaaf-maafan sesama kita...

Friday, September 18, 2009

NONA AnWAR - WAN AZIZAH (4)

1. Sepanjang AnWAR di penjara 1998-2004, banyak dana sumbangan disalurkan melalui Wan Azizah dan Azmin. Tidak dapat dibezakan samada ianya untuk parti atau bantuan peribadi buat keluarga AnWAR. Yang pasti Wan Azizah 'menikmati' sumbangan tersebut dengan baik sekali! Jika terpaksa terbang bersama staf atau ahli keluarga yang lain, Wan Azizah akan menaiki kelas ekonomi. Namun jika berseorangan ke Amerika atau London, beliau akan menaiki kelas pertama.

2. Perbelanjaan isi rumah serta kegiatan politiknya dicatu bagi menunjukkan kepada umum beliau (Wan Azizah) seorang yang berhemah dalam perbelanjaan. Wan Azizah bijak mengatur pusingan baju yang dipakai agar kelihatan 'recycle'. Konon segala sumbangan diguna bagi perbelanjaan membela AnWAR. Wan Azizah juga secara terbuka melahirkan perasaan amarahnya jika mengetahui ada sumbangan yang disalurkan melaui Azmin!

3. Setelah AnWAR bebas pada 2 September 2004, segala urusan pentadbiran kewangan dan logistik kembali diambil alih oleh Azmin Ali. Wan Azizah pernah mengherdik seorang petugas di rumah AnWAR tatkala mereka secara bergurau menyatakan 'Azmin back in power'. Apakan daya, segala urusan pentadbiran dan logistik sejurus AnWAR dibebaskan di mahkamah Putrajaya hinggalah AnWAR berlepas ke Munich pada 4 September 2004 diserahkan kepada Azmin.

4. Wan Azizah mengamuk sakan apabila rombongan kumpulan pertama bersama AnWAR yang berlepas dari KL-Frankfurt-Munich mengenepikan anak-anaknya. Turut bersama dalam rombongan ini hanyalah Wan Azizah dan pembantunya, Azmin dan pembantunya, bapa dan ibu tiri AnWAR serta doktor pengiring. Azmin menasihati AnWAR kumpulan ini tidak boleh disertai ramai atas alasan keselamatan. Setelah dibantah keras Azizah, AnWAR hanya membenarkan anak lelaki mereka turut serta dalam rombongan ini.

5. Wan Azizah mempertikaikan kewajaran alasan keselamatan itu. Beliau merungut mengapa bapa dan ibu tiri AnWAR harus turut serta jika keselamatan yang menjadi keutamaan AnWAR. Ternyata beliau amat kecewa dan kebanyakan ahli keluarga AnWAR dan Azizah sedar akan perkara ini. Teman x-pkr memaklumkan, semua ahli rombongan menaiki penerbangan kelas perniagaan dan penempahan diuruskan melalui agensi pelancongan di Ampang.

6. Rata-rata ahli keluarga Azizah menyalahkan AnWAR kerana mendengar cakap Azmin. Nurul Izzah ketika itu juga lantang menyalahkan Azmin atas apa yang disifatkan ketidakadilan terhadap beliau dan adik-adiknya yang lain. Tambahan pula Izzah dan adik-adiknya yang diterbangkan secara berperingkat ke Munich diberi tiket menaiki penerbangan kelas ekonomi ke Munich. Tiket diuruskan oleh Azmin dari Munich menggunakan dana yang diberi oleh AnWAR.

Saya pernah mengulas AnWAR lebih rela anak-anaknya menaiki kelas ekonomi bagi penerbangan jarak jauh, tetapi tidak Azmin. Kononnya Azmin tidak boleh menaiki kelas ekonomi untuk penerbangan jarak jauh serta harus selesa kerana Azmin sakit buah pinggang. [untuk rekod, Azmin Ali hanya 'survive' dengan hanya satu buah pinggang yang berfungsi sekarang ini].

Apatah lagi jika mereka bercuti ke luar negara, Azmin, Shamsidar serta anak-anak mereka akan duduk di kelas perniagaan bersama AnWAR dan Azizah, manakala anak-anak AnWAR akan duduk di kelas ekonomi. Alasannya anak-anak Azmin masih kecil dan perlu diberi perhatian semasa penerbangan, manakala anak-anak AnWAR cukup besar dan matang menjaga diri sendiri.

W/pun Wan Azizah juga hipokrit dan sentiasa menjaga kepentingan sendiri, wajar beliau menjeruk rasa atas sikap AnWAR yang sentiasa melebihkan Azmin dari keluarga sendiri. Wan Azizah terus memendam duka di Munich tatkala seantero dunia melaporkan kisah rawatan AnWAR di sana........akan bersambung ke bahagian seterusnya.

Monday, September 14, 2009

NONA AnWAR - WAN AZIZAH (III)

1. Selepas berpindah ke kediaman peribadi di Bukit Damansara, Wan Azizah 'meniadakan' bilik untuk Sukma yang ketika itu turut ditahan pihak berkuasa. Setelah dibebaskan, Sukma tidak lagi bebas keluar masuk di kediaman peribadi AnWAR. Wan Azizah memberi alasan anak-anak perempuannya semakin membesar dan Sukma bukan mahram dengan mereka. Wan Azizah bergelut dengan keluarga AnWAR meyakinkan mereka bahawa tindakannya itu betul.

2.Sukma amat kecil hati dengan tindakan Wan Azizah. Beliau juga dilarang oleh Wan Azizah mengunjungi Nurul Izzah dan adik-adiknya di rumah mereka di Bukit Damansara. Namun pembantu rumah yang dianggap ibu saudara AnWAR (?) itu sering campurtangan dengan memihak kepada Sukma. Keluarga AnWAR bahkan AnWAR sendiri menyebelahi Sukma kerana mereka tahu tindakan Wan Azizah hanya bermotif mahu menyingkir Sukma dari keluarga mereka.

3. Ibu saudara (?) yang dipanggil Mak Andak juga turut disingkirkan Wan Azizah. Wan Azizah memasang strategi yang paling halus untuk menyingkirkan Mak andak ini agar tiada bantahan dari pihak keluarga. Wan Azizah mula memasang jerat mencarikan jodoh untuk ibu saudara (?) AnWAR. Setelah mendapat calon yang sesuai, Wan Azizah berusaha sedaya upaya meyakinkan AnWAR (masih di penjara tika itu) untuk memujuk Mak Andak agar berkahwin.

4. Mak Andak yang enggan menerima cadangan itu akhirnya akur setelah dipujuk oleh AnWAR. Wan Azizah mengahwinkan Mak Andak dengan bapa salah seorang rakannya yang merupakan pesara kerajaan bergelar Datuk namun uzur. Maka Mak Andak berjaya 'dikeluarkan' dari rumah AnWAR/Wan Azizah dan hubungan kekeluargaan mereka masih terjalin. Akan tetapi, kuasa 'domestic manager' di Bukit Segambut kembali ke tangan Wan Azizah.

5. Wan Azizah sering menyalahkan Azmin dan keluarganya atas tragedi yang menimpa AnWAR. Hal ini bukan satu rahsia lagi ketika itu. Wan Azizah menyalahkan Umi Hafilda (adik Azmin) yang mula-mula mendedahkan perangai buruk AnWAR itu. Umi mendedahkan kepada Dr. Mahathir (skg Tun). di Seri Perdana. Azwan Ali juga turut menyokong Umi dan menjadi salah seorang saksi pendakwa semasa perbicaraan kes liwat AnWAR kali pertama dahulu.

6. Marahnya Wan Azizah kepada Azmin hanya Allah dan beliau sahaja yang tahu. Segala kegiatan politik Azmin dalam PKR cuba dicantas Wan Azizah. Tambahan pula isteri Azmin juga turut dikaitkan skandal dengan AnWAR. Wan Azizah melarang keras Azmin dan keluarga-keluarganya melawat mereka di Bukit Damansara. Pemilihan PKR 2001 di Kemaman, ahli parti tahu Wan Azizah (sbg Presiden) tidak berpihak kepada Azmin manakala AnWAR memberi sokongan penuh kepada Azmin.

7. Azmin terus mengembangkan kerjaya politik dalam PKR dengan mengabaikan Wan Azizah. Azmin punya 'direct access' dengan AnWAR yang tidak dipunyai Wan Azizah. Pelbagai cubaan Wan Azizah mahu menyingkirkan Azmin yang sering membayanginya dari AnWAR juga gagal.

Jika dilihat tindakan Wan Azizah, ternyata beliau juga seorang yang hipokrit! Sepanjang pengamatan teman x-pkr spt yg dinyatakan, Wan Azizah langsung tidak menunjukkan tanda-tanda mahu membalas dendam dan sering menyatakan Sukma, Mak Andak dan Azmin adalah sebahagian dari keluarganya.

W/pun berjaya menyingkirkan Sukma dan Mak Andak dan Azmin dari pengaruh keluarganya, pembebasan AnWAR 2004 kembali menyemarakkan pengaruh musuhnya, terutama Azmin dan Sukma dalam diri AnWAR. Ikuti kisah selanjutnya di bahagian seterusnya....

Thursday, September 10, 2009

NONA AnWAR - WAN AZIZAH (II)

1. Kehidupan sebagai isteri menteri buat Wan Azizah tidaklah seindah mana. Naluri perempuan (tambahan pula isteri menteri) yang inginkan peralatan dan jenama yang mahal dihalang oleh sikap hipokrit AnWAR yang konon mahu sederhana bagi mengekalkan imej 'penda'wah' beliau. Wan Azizah akur namun naluri wanitanya memberontak, dan sekali sekala terlepas juga barangan bermutu dan berjenama mahal dibelinya. Ini pasti mengundang kemarahan AnWAR yang ego dan hipokrit itu.

2. Semasa AnWAR menjadi menteri, wujud tiga orang lain yang sentiasa membayangi Wan Azizah. Mereka adalah pembantu rumah AnWAR (punya pertalian keluarga bau-bau bacang, berpangkat ibu saudara) yang dipanggil Mak Andak, Sukma (adik angkat yang tinggal serumah) dan Azmin Ali. AnWAR lebih mendengar cakap Mak Andak dalam urusan rumahtangga. Anak-anak AnWAR juga lebih mendengar arahan Mak Andak ini dari Wan Azizah. Memang segala urusan rumah diurus oleh Mak Andak ini.

3. Wan Azizah amat mencemburui Sukma kerana AnWAR juga tidak pernah melarang Sukma membeli dan memakai jenama-jenama mahal utk dirinya, manakala untuk Wan Azizah semuanya dilarang! Larangan AnWAR ke atas Wan Azizah hanya kerana beliau isterinya dan "nanti apa kata orang". Dengan Azmin pula, Wan Azizah cemburu kerana AnWAR sering melebihkan Azmin dan keluarganya. Percutian ke luar negara yang sepatutnya untuk mereka sekeluarga, menjadi tawar untuk Wan Azizah kerana AnWAR akan membawa keluarga Azmin bersama.

4. Kebanyakan pimpinan tertinggi Pergerakan Puteri Islam semasa Wan Azizah menjadi pengerusinya tahu dilema hidup Wan Azizah ini. Mereka tahu Wan Azizah dimarah, diherdik dan ditengking oleh AnWAR. (Kejadian memukul tidak dapat disahkan). Yang lebih penting lagi, mereka juga tahu AnWAR tidak melayan Wan Azizah sewajarnya. AnWAR sentiasa melebihkan 'orang lain'. Setelah AnWAR dipecat, ada di kalangan AJK Tertinggi Puteri Islam secara sinis memuji 'bini tu jugak la yang bela dia' dengan merujuk kepada AnWAR dan Wan Azizah.

Wan Azizah yang sekian lama memendam perasaan dan terbuku di hati, tiba-tiba mendapat peluang keemasan untuk berbuat sesuatu selepas AnWAR ditangkap 1998. W/pun terkejut hilang status isteri TPM secara tiba-tiba dan AnWAR pula ditangkap selepas itu, Wan Azizah memulakan tindakan menyingkirkan watak-watak yang sering menghantui dirinya dengan penuh bijaksana dan 'very political'. Mungkin beliau banyak belajar dari taktik AnWAR yang sering berbuat begitu terhadap siapa yang dimusuhinya.

Ikutinya sambungannya di bahagian ketiga nanti....................


Wednesday, September 9, 2009

NONA AnWAR - WAN AZIZAH

1. Wan Azizah diketahui punyai emosi yang tidak stabil. Antara faktor yang mungkin mempengaruhi ialah kurang kasih sayang semenjak kecil. Dilahirkan di Singapura, Wan Azizah ditinggalkan bapanya yang ketika itu melanjutkan pelajaran di Singapura. Wan Azizah membesar di bawah jagaan dua orang bapa saudaranya secara bersilih ganti di Kedah dan Kelantan.

2. Ahli keluarga sedia maklum Wan Azizah lebih sayangkan bapa-bapa saudara yang membesarkannya serta hampir tiada apa-apa perasaan kepada ibunya. Hubungan dengan adik beradik yang lain juga kurang rapat (tiada permusuhan, mungkin tidak membesar bersama). Hubungan kekeluargaan kembali terjalin setelah AnWAR menyertai kerajaan/kabinet.

3. Hubungan dengan keluarga mertua juga tidak 'ngam'. Maklum saja ketika itu keluarga AnWAR bukan dari kalangan 'orang yang ada-ada'. W/pun Datuk Ibrahim (bapa AnWAR) pernah menjadi Setiausaha Parlimen di Kementerian Kesihatan, kehidupan mereka biasa-biasa saja. Dua orang abang AnWAR adalah guru maktab, seorang kerani sekolah manakala yang lain sedang membesar tika itu.

4. Perkahwinan beliau dengan AnWAR juga penuh berliku. Tertawan dengan pesona AnWAR sebagai penda'wah, perkahwinan beliau ditentang keras oleh bapanya Datuk Dr. Wan Ismail. Peringkat awal perkahwinannya juga diharungi penuh onak. Berkerjaya seorang doktor, AnWAR ketika itu tiada kerjaya tetap. Wan Azizah yang membiayai perbelanjaan keluarga, manakala AnWAR hanya 'lepas' untuk dirinya saja tika itu.

5. AnWAR tidak memberikan tumpuan kasih sayang kepada isteri yang baru dikahwininya. Beliau amat sibuk dengan tugas sebagai penda'wah dan sering meninggalkan Wan Azizah keseorangan di KL. x-pkr dimaklumkan, Wan Azizah (sarat mengandungkan Nurul Izzah tika itu) pernah disuruh AnWAR turun di pertengahan jalan dan pulang sendiri gara-gara mahu memenuhi jemputan ceramah menggantikan orang lain.

6. Wan Azizah mengakui beliau lali mengharungi keperitan berseorangan semasa melahirkan Nurul Izzah dan Nurul Nuha. Setelah itu beliau tahu bahawa AnWAR tidak pernah memberi tumpuan kepadanya biarpun mengandung empat kali lagi selepas itu. AnWAR mengambil seorang pembantu dari Bukit Mertajam membantu Wan Azizah menguruskan rumahtangga tetapi Wan Azizah yang membayar gajinya.

7. Kehidupan sebagai isteri menteri juga tidak memenuhi kehendak Wan Azizah. AnWAR mengajar Wan Azizah agar hipokrit di depan umum. Segala kemewahan tidak boleh ditayang. Semuanya harus dilakonkan agar 'nampak' ala kadar saja di mata umum. Ketika AnWAR Menteri Pendidikan, dimaklumkan secara sinis Wan Azizah berkata beliau ingin muntah melihat AnWAR memimpin tangan Nurul Izzah beratur untuk pendaftaran darjah satu (liputan media cukup hebat tika itu).

artikel akan bersambung kebahagian dua nanti........

16 SEPT ANWAR SANG PUAKA BANGSA


dang nila memangku puan
berembang buah pedada
adakah gila bagimu tuan
burung terbang dipipiskan lada

kuning ledang bagai dikarang
riang-riang disambar wakab
hairan melihat dunia sekarang
bayang-bayang hendak ditangkap

ini antara pantun seloka pemboka bicara, tun mamat dengan dengan penjaga puteri gunung ledang dang raya rani. hajat di hati meminang puteri yang cantik lagi wangi, sang puteri gunung ledang coba diperisterikan kepada soltan.

sayang hajat tiada kesampaian apabila darah semangkok menjadi tarohan. hari ini peristiwa seakan ulangan ceritera melayu kembali berolang. watak dan isi nya sahaja yang membeza.

anwar sang puaka bangsa, mengidamkan kerusi empuk di putrajaya.we have the numbers. berolang-olang katanya bagai jenin gilakan wanita. anwar sang puaka bangsa, melanggar adab dan seluruhan tatasusila agama dan bangsa.

depan cina si yahudi kedua, dia berkata ini malaysia cina yang punya. depan kelompok india dia berkata sama. jurus selepas membohong bicara depan partai pas kita lah pejoang liberalisme agama. ALLAH gereja boleh guna,murtad kita bicara mengguna waduk hak asasi dan demokrasi ciptaan manusia, maka angguk angguk lah si tua nik ajis dan hadi, telor dipegang agama digadai hanya kerna terpadaya janji kepala munafik anwar attaturki.

anwar sang puaka bangsa, dengar baik baik. biar ombak ganas datang menghempas,biar angin badai datang melanda, percayalah kami puing-puing tonggak agama dan bangsa sodah bangkit dan bersedia menghancorkan riwayat sialan kamu!.

ini tanah bertuah, melayu namanya. dulu kala disebut tanah melayu,sejarah misterinya disebut sebagai tanah mada-yo. sarjana i-tsing menggelarkannya sebagai ma-la-yao. kitab sanskit lama menggelarkannya sebagai the promise land. tanah di penghujung benua.

ini bangsa punyai jiwa akidah luar biasa. ini bangsa ada darah keturunan mulia. hanya ini bangsa sahaja yang belum dapat yahudi tembusi.9 sultan ini masih bertahan tatkala seluruh waris kesoltanan telah menemui ajalnya. 9 naga ini paksi agama dan bangsa yang akan kami pertahankan. sejarah tiada melopakan agenda sialan dan sejarah tiada mungkin melopakan petualang. anwar kamulah lidah dajjal lahanat, insyaallah akan kami haposkan kamu dari muka bumi mada-yo ini !

VANDALISME PENDEKATAN PAKATAN PEMBANGKANG PERAK



AKHIRNYA penyokong pakatan pembangkang di Perak diturunkan darjat dan maruah mereka sama taraf dengan "samseng jalanan" dan "perosak harta-benda awam". Memang sejak awal budaya samseng jalanan ini menjadi taktik utama mereka, namun kini ia telah meresap menjadi budaya.

Vandalisme terkini ialah billboard Dr Zambry di Manjung yang disiram dengan cat merah. Billboard yang dinaikkan bagi ucapan Selamat Hari Raya dari YAB Menteri Besar Perak kepada penduduk Manjung sengaja dirosakkan.

Seorang teman blogger secera berjenaka mengatakan mungkin pembangkang dengki sebab bekas Menteri Besar PAS dulu tidak sekacak Dr Zambry. Pada saya sebenarnya pakatan sudah hilang arah di Perak.

Mereka tidak tahu apa lagi yang hendak dilakukan bagi memastikan keadaan huru-hara di negeri ini berterusan. Sejak peralihan kuasa bulan Februari lepas, pelaburan terus meningkat, sebanyak 1,300 geran hak milik tanah telah dikeluarkan (berbanding hanya 537 selama 11 bulan pakatan memerintah), tadika percuma untuk anak-anak kakitangan kerajaan disediakan, MBnya turun padang melawat rakyat dan negeri terus aman kecuali gangguan kecil oleh bekas MB serta konco-konconya.

Apa yang jelas Barisan Nasional telah membuktikan keberkesanannya sebagai kerajaan. Ini yang menghantui pakatan. Kini selain dari berceramah ke hulu ke hilir taktik seterusnya ialah merosakkan harta awam. Dan akhirnya pakatan hanya menjadi samseng jalanan yang hanya bernilai sekupang-dua sahaja.

LAWATAN KWAN YEW KE PERAK



Lawatan kunjung hormat Kwan Yew ke Pejabat Menteri Besar Perak sekitar jam 3.20 petang dan meninggalkan Pejabat Menteri Besar Perak sekitar jam 4.15 petang.

PANAS - PETIKAN CERAMAH PEMBANGKANG DI IPOH

Ceramah politik PKR di markas PAS Tanjung Rambutan. Kehadiran lebih kurang 120 org!


Ucapan Tanimalai - AJK PKR Tambun:

1. Menyatakan 7hb Mei - Persidangan dun Perak gagal dilaksanakan.
2. Pelancaran mogok lapar, ketika nizar bersalam dengan anggota polis telah dihalang.
3. Tragedi kg medan berulang di Kamunting. Masalah Kg Medan disenyapkan begitu juga kemunting.
4. Kerajaan Perak meminggir kaum India sebelum ini, dan apabila Nizar menjadi Mb beliau telah membantu dgn serta merta.

Ucapan Harder singh - Ajk Pkr Tambun

1. Sebelum merdeka kaum punjabi dibawa masuk bagi membangunkan negara.
2. Selepas merdeka, kaum punjabi dihalang menubuhkan parti politik.
3. Konsep one Malaysia sebenarnya ada pada PR kerana mempunyai ahli berbilang kaum.

Ucapan Richard Wong - Pengerusi Kelab penyokong PAS

1.Kaum Cina sokong PAS kerana MCA tidak memperjuangkan kaum Cina.
2,Kerajaan Perpaduan yang dibangkit oleh Presiden PAS adalah strategi utk perangkap UMNO.
3. UMNO adalah parti yang jahat dan PR tidak akan bekerjasama dgn UMNO.
4. UMNO adalah parti rasuah dan tidak membantu org Melayu.

Zulkifli Ibrahim pengerusi Pkr Tambun

1.Pd 5 jan 09, satu rampasan kuasa oleh UMNO di Perak.
2. Rampasan kuasa oleh UMNO adalah semata-mata ingin kuasa.
3. Beliau juga menyatakan yang Dr Zamry adalah MB Mahkamah manakala Nizar adalah MB Rakyat.
4.Nizar membawa isu Perak kemahkamah adalah bertujuan untuk bubarkan DUN manakala Zambry bawa mahkamah untuk kuasa.
5. Rampasan kuasa akan menjadi sejarah dan diingati oleh 7 generasi.
6. Menyatakan 300 ahli PPP Perak telah pun menyertai PKR

Kehadiran di waktu ini sudah mencecah 150 orang!

Ucapan Yb SUM - ADUN BERCHAM

1. Menyatakan semasa perbicaraan altantuya, TV menunjukkan gambar Razak Baginda dan isterinya.
2. Mereka telah mendapat komisyen pembelian kapal selam.
3. Parti pR adalah parti yg boleh dipercayai utk membantu rakyat.
5. Walaupun PR kalah, tetapi pd PRU akan datang Pr akan menang dan mentadbir neg Perak.

Ucapan Anuar Sudin - Adun Changkat Jong.

BN sangat irihati dgn PR kerana melihat ada kekuatan pada PR selama pemrintahan pr di perak selama 10 bulan..umno tak mungkin dapat pepaduan rakyat sebab antara mereka sendiri tidak sefahaman dgn mereka..antara parti komponen BN juga berlaku perpecahan. Umno tidak bela bangsa tetapi bela orang umno yang rapat dgn pucuk pimpinan BN sahaja..umno tidk berhasrat langsung memartabatkan bahasa melayu..pada masa sekarang banyak kemungkaran berlaku di negara kita atas corak pemrintahan BN..umno kini mengutarakan perpaduan ini, mengelirukan rakyat..peruntukan 1 juta pada negeri kelantan sengaja di lambatkan kerana untuk menyusahkan kerajaan kelantan memerintah..rampasan kuasa d perak menunjukkan mereka tidak menyokong kehendak rakyat..hak pprt diselewengkan..wang tabung haji yg di simpan sepatutnya wang tambang tidak di naikkan..baru2 ni stadium sultan mizan terengganu runtuh disebabkan modal besar tapi penelitian pembinaan tidak di jalankan. PKFZ jumlah hampir 12 bilion dan ini menunjukkan wang rakyat diselewengkan..

Anuar Zakaria - Ketua pemuda PKR Perak pula berkata..

Rompakan kuasa Najib Razak dan Zambry ini ditakdirkan allah bahawa satu hikmah menunjukkan perangai buruk mereka dan ini mnunjukkan keajaiban 1 negeri 2 mb dan 2 speaker.. Umno ini adalah parti yg tak boleh lari dengan sifat buruk rasuah...banyak pemimpin umno habis ratus ribu ringgit untuk menang dalam jawatan parti..pemikiran kita takkan bercambah kerana media utusan, tv 1,2,3 dkawal BN..negara lain boleh maju dgn mnggunakan bahasa ibunda mereka sendiri..pada pru lalu umno hilang kuasa, mereka mngatakan mereka pejuang melayu tapi sebenarnya mereka pejuang perempuan melayu..pr adlah parti memperjuang hak2 rakyat..umno laungkan hidup Najib, hidup PAK LAh, tetapi pr laungkan hidup rakyat..

Misbahul munir- perjuangn pas ada istiqamah, ceramah bagi rakyat faham, nizar ketika jadi mb tidak di benar keudara oleh fm perak, nizar kena gantung 2 hari sebab laung bubar dun, bajet telah di keluarkan bagi bantu ibu tunggal, org miskin tapi tidak di laksana oleh umno.

Tanimalai peniaga pasar malam. Dah banyak habis duit untuk parti. Terpaksa pertahankan parti sebab dah banyak melabur. Ustaz Zulkifli Ibrahim. Asal AJK Pemuda UMNO bahagian Tambun. Ketua Bahagian PKR Tambun. Terlibat konspirasi menjatuhkan aku sebagai Ketua Pemuda keADILan Bahagian Tambun sebab tak puas hati aku menang EXCO keADILan Malaysia, dia kalah.Dalam ceramah mesti mula dengan 'Tuhan merancang, kita merancang tapi sebaik perancangan adalah perancangan Tuhan. Tak pernah pakai pun apa dia kata... Ustaz Zul!!! Tolong jawap! Zambry menang kerana mahkamah ke kerana Tuhan? Ahli PPP 300 je? Kenapa tak bawa semua? Anuar Zakaria!!! tak tau cakap jangan cakap le. Kalau dah takdir tu takdir le. Redha je le. Apa pula hikmah 11 bulan je PR memerintah? Nak tunjuk betapa buruknya PR bila memerintah. Baru 11 bulan mike dah tukar kereta baru.Ada orang PAS dulu duduk rumah sewa, sekarang dah boleh beli rumah RM500 ribu. Orang Pas yang bangkrap boleh pakai Merz baru. Orang PKR & Pas dulu bangkrap, la ni dah ada niat nak bertanding pilihanraya. Apa mike buat pada orang kuat PKR yang dah nak mampus la ni, depa duk telepon aku minta tolong nak pinjam duit. Pegi le tolong... minta le anwar ibrahim bantu orang dia yang dah nak mampus. Ramai ketua bahagian PKR Perak ni kais pagi makan petang. Ramai KP PKR kereta pun nak kena tarik. Jangan cakap je Nuar...Buktikan yang hang tu bagus...

PENIPUAN NIZAR & PAS



RUMAH SEWA NIZAR SEBELUM JADI MB DI TAPAH





Nizar di gambarkan oleh Pas sebagai seorang yang hebat dan berjiwa rakyat. Kononnya pendapatan beliau mencecah ratusan ribu ringgit sebulan sebagai Ir. Namun beliau ingin terus menjadi Menteri Besar kerana dia ingin terus berbakti kepada rakyat walaupun tidak menjadi MB beliau memiliki pendapatan yang lumayan. Cerita ini bagi mengambarkan betapa bagusnya Nizar ni. Peersoalannya, jika benar Nizar ni orang kaya kenapa rumah sewanya sebelum menjadi MB bukan taraf orang kaya, tapi selepas 11 bulan jadi MB khabarnya menyewa rumah RM 4000.00 sebulan. Kalau ikut akal, maknanya banyak le buat duit jadi MB 11 bulan dari pendapatannya sebagai Ir.
LU PIKIR LA SENDIRI...

SALAM 1MALAYSIA...

Watch out!!!! Kepada parti politik...AWAS, aku akan monitor pergerakan kamu semua.