Sunday, October 11, 2009

SPR PERLU BERTANGGUNGJAWAB....

Selepas PRU12, telah berlaku beberapa PRK. Nampaknya semakin kalut PRK. Bukan setakat perang poster, perang ceramah dan yang terbaru di Bagan Pinang benar-benar perang. 
Sepatutnya SPR kena peka dengan apa yang berlaku. Jadikan PRK ni sebagai tempat untuk mencari kaedah baru yang lebih selamat dan lebih efisyen. Malaysia sedang menuju ke arah negara maju, tapi pilihanraya dilihat telah berundur setapak kebelakang. 
Kenapa tempoh kempen masih perlu panjang-panjang? Bukan ke parti yang bertanding tu parti yang dah dikenali rakyat? Tak boleh ke dalam tempoh kempen tu, dibenarkan menggunakan media semaksimum mungkin atau buat siaran khas di TV hanya masa pilihanraya!!! Apakah nak tunggu sampai ada yang mati semasa pilihanraya baru nak ubah?

Tuesday, October 6, 2009

AWAS....

Bermula bulan November ni, aku akan menjelajah ke seluruh Perak untuk cari masalah dan akan terus report pada MB. Mana-mana kerja yang belum selesai dan terbengkalai, cepat siapkan sebelum aku sampai!!!